Waktu Malaysia

Unit Dakwah Harmoni · Pejabat Agama Islam Daerah Manjung

Saudara Baharu

Panduan memeluk Islam di Daerah Manjung

Proses yang mudah, mesra dan dibimbing sepenuhnya oleh Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Manjung. Anda tidak bersendirian.

Langkah Demi Langkah

4 langkah mudah

Gambaran ringkas proses. Pegawai kami akan menerangkan setiap langkah dengan lebih terperinci.

  1. 1

    Hubungi Unit Dakwah

    Telefon atau datang ke Pejabat Agama Islam Daerah Manjung untuk temujanji dan penerangan awal.

  2. 2

    Sediakan dokumen

    Lengkapkan dokumen dalam senarai semak di bawah sebelum hari pendaftaran.

  3. 3

    Lafaz dua kalimah syahadah

    Dilafazkan di hadapan pegawai bersama dua orang saksi, kemudian pendaftaran direkodkan.

  4. 4

    Bimbingan berterusan

    Saudara baharu dibimbing melalui kelas Fardu Ain mingguan oleh guru APIM yang dilantik.

Dokumen

Prosedur bagi saudara baharu

Dokumen wajib disediakan sebelum proses memeluk Agama Islam di Daerah Manjung. Tandakan yang dah siap — senarai ini disimpan dalam peranti anda.

Umur pemohon
0/7
Belum muladokumen sedia
Dua Kalimah Syahadah

Lafaz syahadah

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللّٰهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ

Asyhadu an lā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muhammadar rasūlullāh.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Unit Dakwah · Pejabat Agama Islam Daerah Manjung

“Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam, apa yang dilakukannya pada masa Jahiliyyah (sebelum memeluk Islam) tidak dihukum; dan siapa yang berbuat buruk dalam Islam, akan dihukum dari awal hingga akhir.”

Daripada Ibn Mas’ud R.A · Riwayat al-Bukhari (6921) & Muslim (334)
Selepas Memeluk Islam

Anda akan dibimbing, bukan dibiarkan

Adakah mualaf akan dibiarkan selepas memeluk Islam?

Tidak sama sekali. Team Harmoni Manjung sentiasa memberi perhatian kepada mualaf dan tidak akan mengabaikan mereka. Sebaliknya, mereka dibimbing secara berterusan melalui kelas Fardu Ain setiap minggu, dikendalikan oleh guru APIM (Asas Pengajian Islam Mualaf) yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam dan MAIPk.

Bagaimana cara untuk menyertai kelas Fardu Ain tersebut?

Anda boleh datang ke Pejabat Agama Daerah Manjung untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelas yang disediakan. Pihak pejabat juga akan memberikan panduan berkaitan, termasuk maklumat mengenai bayaran elaun pengajian.

Ingin memeluk Islam atau perlukan bimbingan?

Hubungi Unit Dakwah Pejabat Agama Islam Daerah Manjung untuk bimbingan dan bantuan sepanjang proses.